Uncategorized

Wanita itu seorang anak, isteri dan ibu.

Ketika seorang wanita menjadi seorang anak, maka ia membuka satu pintu dari beberapa pintu syurga untuk ayahnya.

Ketika ia menjadi seorang isteri, maka sesungguhnya ia melengkapi agama suaminya.

Ketika ia menjadi seorang ibu, maka sesungguhnya reda Allah ada pada setiap relung keredaannya.

Sekiranya setiap lelaki mengetahui kedudukan wanita tentulah ia akan berlomba-lomba untuk memimpin, menjaga, memperhatikan dan melindunginya!

[Nota Amru Khalid]

#copypaste

Uncategorized

Petua Tenangkan Hati

 

 

1. Amalkan tasbih, tahmid dan takbir 

Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada anaknya Siti Fatimah.

 

2. Berdoa 

Mohonlah kepada Allah s.w.t. Ingatlah, doa adalah senjata bagi orang mukmin.

 

3. Sibukkan Diri dengan Sesuatu

Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca Al-Quran dan pelbagai bahan bacaan. Libatkan diri dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.

 

4. Luahkan Perasaan

Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya, menulis diari atau catatan harian dan sebagainya.

 

5. Senyum

Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah di hadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

 

6. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.

Sumber : Mingguan Wanita

 

Minyak herba asmak
WhatsApp 014-3265403 untuk beli.

 

Uncategorized

Enam janji Allah swt kepada orang yang bersedekah

Sedekah adalah amalan yang mulia. Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. Kerana setiap perbuatan baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga. Allah akan melapangkan dada, membuatkan kita gembira, melegakan perasaan dan mensejahterkan seluruh hidup kita.
Bersedekahlah kita walau sedikit dengan seikhlasnya. Kerana, dalam setiap rezeki dan harta yang kita miliki itu terdapat juga hak orang lain. Jadi, adalah lebih baik jika ia dikongsi dan dinikmati bersama. Beriman dengannya dan bersedekah seikhlasnya. Sedekah seikhlasnya mampu meringankan beban seseorang dan menjauhkan diri kita daripada panas api neraka.
Semua perkara atau wang yang kita sedekahkan kepada golongan yang memerlukan mesti terdiri daripada hasil yang halal. Kerana, pemberian yang halal akan menggugurkan dosa dan mendatangkan pahala. Selain itu juga akan dijauhkan dari bala. Seseorang yang bersedekah dengan harta yang halal juga akan dijauhkan daripada api neraka dan akan dimasukkan ke dalam syurga.
Inilah Enam Janji Allah Kepada Orang yang Rajin Bersedekah,Rugi Kalau Tak Baca
Sekiranya seseorang bersedekah dengan harta yang haram, dia tidak akan memperolehi sebarang kebaikan kecuali azab kerana memberi sesuatu yang haram kepada orang lain. Terdapat sebuah hadith mengatakan bahawa di dalam neraka Jahanam terdapat sebuah rumah yang bernama ‘Baitul Huzni’ yang disediakan Allah bagi orang yang bersedekah daripada harta yang haram.
Selain dapat membantu sesama manusia, Allah SWT juga akan membalasnya dengan pahala bagi mereka yang ikhlas melakukannya.
Berikut adalah janji-janji Allah kepada golongan yang suka bersedekah.
1. Menghapuskan dosa-dosa orang yang bersedekah
Janji Allah yang pertama bagi orang yang rajin bersedekah adalah sedekah itu dapat menghapuskan dosa orang yang mengerjakannya.
Rasulullah SAW, beliau bersabda :

 “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi)

2. Dapat berteduh di hari kiamat
Nabi SAW menceritakan tentang 7 jenis manusia yang akan mendapat berteduh pada hari yang tidak ada teduhan dari kepanasan di padang mahsyar. Salah satu golongan yang mendapat teduhan itu adalah orang yang suka bersedekah. Rasulullah SAW bersabda :

 “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”(HR. Bukhari )

3. Harta tidak akan berkurang tetapi makin bertambah banyak
Janji Allah SWT yang sangat hebat bahawa harta orang yang rajin bersedekah tidak akan berkurang meskipun disedekahkan semuanya, hanya sedikit yang tersisa buat keperluan sehari-hari. Rasulullah SAW bersabda :

 “Harta tidak akan berkurang dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kebaikkan baginya”(HR. Muslim)

4. Dapat Membebaskannya dari Siksa Kubur
Rasulullah SAW bersabda:

 “Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.” [HR. Ath-Thabrani]

Inilah Enam Janji Allah Kepada Orang yang Rajin Bersedekah,Rugi Kalau Tak Baca


5. Terdapat Pintu Surga Hanya Untuk Orang Yang Bersedekah

Dalam sebuah hadits, Rasulullah SAW bersabda:

 “Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka dia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu syurga: Wahai hamba Allah, ke marilah untuk menuju kenikmatan. Jika dia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan solat, dia akan dipanggil dari pintu solat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika dia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” [HR. Bukhari dan Muslim]

6. Menjauhkan Diri dari Api Neraka
Janji Allah terakhir kepada mereka yang rajin bersedekah adalah akan menjauhkan diri dari api neraka. Ternyata meskipun hanya sedekah dengan jumlah yang sedikit, namun sedekah tersebut memiliki andil untuk menjauhkan diri dari api neraka. Semakin banyak sedekah yang dilakukan, maka akan semakin jauhlah darinya. Rasulullah SAW bersabda:

 “Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma. Jika kamu tidak punya, maka bisa dengan kalimah thayyibah” [HR. Bukhari dan Muslim]

Demikianlah ulasan mengenai enam janji Allah SWT kepada mukmin yang rajin bersedekah. Sungguh banyak keutamaan yang akan diperoleh mukmin yang gemar bersedakah ini. Untuk itu, keluarkan sedikit harta untuk bersedekah, agar Allah memberikan kita janji-janji mulia tersebut.
Minyak herba asmak
WhatsApp 014-3265403 untuk beli.
Uncategorized

Pes Char Kuay Teow

Kredit : FB Adnilsam Apat

Bahan2:

200 gm kepala & kulit udang sahaja- isi udang tak payah..boleh simpan.. Nak buat lebih dari 200gm pun boleh.. Lagi banyak maka hasilnya lebih sedap…

500ml air

9 ulas bawang putih di kisar@tumbuk

5 sudu besar cili kering yg telah di kisar – kalau suka pedas boleh lebihkan..

6 sudu besar sos tiram

2 sudu besar kicap mee

3 sudu besar kicap manis

3 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos tomato

1 sudu kecil petis

2 kiub pati ikan bilis / pati udang kering

1 sudu besar garam

2 sudu besar gula

Aji- optional

Sedikit minyak

Cara-cara:

– Basuh udang bersih2 sblm ambil kulit dan kepalanya ye.. Rebus kepala & kulit udang dgn air… Bila mendidih 15 -20 min..tutup api & biarkan sejuk seketika.. Bila dah hampir sejuk, blend kepala & kulit udang dgn menggunakan air rebusan yg sama.. Kemudian tapis..

– panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga naik aroma, masukkan cili kisar.. Kacau hingga cili garing..

– Campurkan semua bahan2 lain utk pes dgn air rebusan udang yg telah diblend & tapis tadi, masukkkan dalam tumisan..,renehkan dengan api perlahan hingga menjadi pes yg agak pekat… Lagi lama masak lagi bagus sbb pes akan tahan lebih lama…Matikan api bila pes dah pekat..biarkan pes sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge… Bila2 masa boleh digunakan.. Kerja2 goreng kuay teow akan jadi lebih cepat..

Minyak herba asmak
WhatsApp 014-3265403 untuk beli.
Uncategorized

10 Surah Al-Quran Untuk Mengatasi Kesulitan Hidup.

Alhamdulillah. Kali ini saya kongsikan 10 Surah Al-Quran Untuk Mengatasi Kesulitan Hidup

  1. Surah Al-Fatihah dapat memadamkan kemurkaan Allah SWT
  2. Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat
  3. Surah Dukhan dapat membantu kita ketikamenghadapi ujian AllahSWT pada hari kiamat
  4. Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita dari kesusahan atau fakir
  5. Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di alam kubur
  6. Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan
  7. Surah Al-Kafirun dapat menghalangi kita menjadi kafir ketika menghadapi kematian
  8. Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita menjadi golongan munafiq
  9. Surah Al-Falaq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki
  10. Surah An-Nas dapat melindungi kita daripenyakit was-was Sila klik pada nama surah untuk membaca, melihat makna dan mendengar bacaannya.

 

minyak_herba_asmak_penawa_asma

Minyak herba asmak
Minyak herba asmak

Nak beli sebotol dua WhatsApp 014-3265403

Harga RM39.00

Postage RM7.00 (S/M)

Uncategorized

Keperluan Ibu dan Baby tika pantang

Keperluan untuk Ibu
Barang2 ni perlu semasa dalam pantang. So uolls sediakanlah supaya nanti tak menyusahkan orang lain nak carikan untuk korang.
1. Set Berpantang
Aku pilih Set Tanamera sebab ramai kata bagus. Bila tengok barang2 dalam dia pun agak lengkap. Kalau korang beli 1 set, korang akan dapat
-Virgin Coconut Oil
-Feminine Herbal Wash
-Herbal Bath
-Herbal Massage Oil
-Abdominal Wrap (Bengkung)
-Herbal Tea
-Firming Herbal Blend Paste
-Calming Herbal Blend Paste
-Boreh Body Scrub
-Brown Formulation Soap
-Lavender (Aroma Therapy)
Senang sebab semua ada, pilis sapu kat dahi ada, yang sapu kat perut sebelum pakai bengkung ada, mandian ada.
2. Tuala Wanita
Ini tersangat penting ye. Ekceli aku sendiri tak tau nak beli yang mana. Mungkin boleh je pakai pad biasa bila dah hujung2 pantang. Tapi aku rasa untuk 2 minggu pertama better korang beli yang memang khas untuk maternity punya. Aku beli yang Intimate for Maternity tu.
3. Nursing Bra
Yang ni terpulang kepada keselesaan kot. Macam aku, aku tak kisah mana-mana sebab aku suri rumah.
4. Breast Pad
Walaupun tak tau yang korang ni jenis banyak susu ke tak. Prepare la sikit dulu. Memang dalam pantang kita kat rumah, kot kalau rasa basah boleh terus pam. Tapi kalau tetiba ada tetamu datang tengok baby ke, kan macam tak manis kita sibuk nak pegi pam. Huhu!
5. Pam Susu
Aku tak pasti sama ada korang perlukan pam susu atau tak. Kerana aku pemalas nak beli susu dan memandangkan susu amatlah mahal. Marilah bagi anak susu cap ibu je. Dengan harapan banyaklah susu daku. Kekeke! Aku beli jenama Spectra model M1 double pump atas cadangan kawan2. Dorang kata setakat ni M1 the best, murah dan berbaloi. Aku kan tak boleh dengar perkataan murah. Hihi! Aku beli kat Expo dapat banyak free gifts, so kat situ pun dah jimat, aku dapat
-Premium Breast Shield Set
-PPSU botol (160ml)
-Nano Silver Icepack (2pcs)
-Bubly Joy Slingbag (Beg untuk bawak susu dan pam korang kalau nak travel)
-PP bottle (5 botol untuk simpan susu yang korang dah pam)
-Manual pump (incase korang travel tetiba bateri pump habis)
6. Stokin (kalau dah ada takyah la beli ye, pakai je apa yang ada, tapi kalau boleh stokin tebal sikit la kot)
7. Kain Batik. (pakai kain batik senang sikit rasanya, so siapkan lah beberapa helai. Kalau orang datang melawat pun rasa sopan sikit pakai kain batik. Huhu!
8. Bengkung
Walaupun dalam set Tanamera dah ada bengkung, tapi aku beli satu lagi sebab boleh la tukar-tukar, mana tau tuala wanita terbocor ke kan, boleh la tukar-tukar. Yang set tanamera tu 1 tali. So kena bengkung dari bawah ke atas. Aku beli satu lagi yang 2 tali, so 1 tali tu ikat sampai pinggang, 1 lagi ikat dari pinggang ke bawah dada. Yang dua tali lagi bagus, sebab kot nak terbuang air boleh bukak tali kat bawah je. Kalau korang nak beli yang strip tu pun boleh, tak kisah. Ikut mana yang korang selesa je.
9. Minyak urut (Dalam set Tanamera memang ada, tapi kot korang nak prepare lebih pun tak salah) Minyak urut aku beli kat mak je, beli yang gamat punya, sebab mak memang jual yang tu
10. Pati Ikan haruan
Yang ni sebenarnya tak beli lagi, haha! Tapi macam dah google tengok jenama Polleney ramai orang beli je. huhu! Yang ni bagus untuk baik pulihkan organ2 dalam badan kita. Mak aku suruh minum hari2 sampai habis pantang, sebab dia dulu minum hari-hari. Tapi macam tak sedap je. sebulan minum ok kot. Kekeke! Air gamat pun aku beli kat mak, so maybe minum selang seli kot. Tengok la macam mana. huhu!
11. Tungku
Yang ni aku beli kat expo, bukan lah yang batu tu. Aku beli yang tungku herba je. Nak beli yang batu tapi macam tak larat nak jinjing bawak ke kereta. Kat rumah mak memang ada tungku batu ni, tapi pepahamla rumah mak tengah renovation, kalau nak suruh cari tungku tu, memang takkan jumpa dah kot. Haha! Jadi beli je la yang tu. Asalkan ada.
12. Tukang Urut
Sila cari mana-mana tukang urut ye. Dulu kakak-kakak aku mak yang urutkan, tapi sekarang tak boleh dah sebab mak sendiri tak sihat. Walaupun begitu, aku tetap tak risau sebab mak Qery jugak memang tukang urut. Muahahaha!
Kalau korang beli yang macam aku beli ni, rasanya dah complete dah kot untuk korang berpantang nanti. Cuma kalau korang nak tambah supplement tambah susu tu, boleh la google sebab sekarang banyak jugak aku tengok supplement tambah susu. Atau korang suka cara tradisional, boleh try masak lobak putih, kurma, longan, jantung pisang, kacang soya. Ikutla citarasa masing-masing
Keperluan Untuk Bayi
Kalau nak beli barang bayi, rasanya memang banyaaaaak je nak dibeli. Tapi jangan terburu-buru nak beli. Dalam keadaan berpantang, rasanya korang tak perlukan lagi katil baby, stroller, buai semua tu. Bila baby dah besar sikit baru boleh fikirkan. Sebab ada orang beli je katil baby, last-last buat perhiasan sebab baby tidur sekatil dengan maknya. Yang aku list kan ni memang betul2 keperluan untuk bayi baru lahir.
1. Pakaian
Ofkos la kan, haha! Termasuklah stokin kaki tangan, baju, topi. Tapi takyah beli banyak sangat sebab baby cepat membesar. So beli ala kadar je.
2. Pampers/Lampin
Aku beli dua-dua, hihi! Lampin boleh pakai untuk macam-macam, kalau nak buat bedung pun boleh. So tak rugi beli.
3. Tilam baby
Tilam ni beli yang simple. Beli dua pun dah cukup. Kot satu nak basuh, ada spare lagi satu. Perlu ada la aku rasa. Size kecik pun dah ok. Incase kalau nak ke rumah parent, kadang2 susah nak cari tempat sesuai untuk baringkan anak. So bawak la tilam tu. Kalau ganti dengan toto pun tak ada masalah aku rasa. Asalkan ada lapiknya.
4. Beg baby
Mesti ada ye. Tak kisah la korang nak jenis beg apa sekalipun. Sandang ke, beg balik kampung ke, luggage ke *jgn over ok, haha*. Yang selesa korang nak bawak ke mana-mana. Ada orang suka pakai macam beg sekolah. Ada orang sumbat je dalam handbag. Sukati la ikut suka mana-mana pun boleh.
5. Barang Mandian dan Baby Care
Yang ni mesti kena ada. Aku tak ada pengalaman. Ramai suggest beli jenama Pureen, tapi kat expo aku tak jumpa. Yang ada Johnson, so aku beli apa yang ada. Rasanya Johnson pun ok. Siap memang ada beg untuk new born. Ada yang untuk night use, ada pek travel. Aku beli semua tu. Senang takyah fikir. Hehe! Lepas tu beli sekali ketip kuku untuk baby, cutton bud, cutton ball.
6. Baby Wipes
Ini dalam kategori wajib kot. Sebab baby kerap kencing/berak, so kena kerap bersihkan ehem-ehem dia.
7. Barut
Barut ni aku tak sure pakai sampai bila, haha! Tapi barut bagus untuk elakkan perut masuk angin. Supaya baby tak kembung. Gitu.
8. Bedung
Sekarang ni ada macam-macam bedung. Bedung moden, bendung tradisional. Tak kisah nak beli yang mana. Ada orang tak suka anak dia kena bedung. Hihi! Pape je, ikut kefahaman sendiri. Bagi aku ok je berbedung, nak elak baby terkejut, plus nanti tangan dia takde tercakar muka atau jari termasuk mata. Orang sekarang ni je yang ikut sangat cakap doktor, tak bagi bedung, tak elok sebab baby tak aktif nanti, padahal dulu doktor tu pun mak dia bedungkan. Kihkihkih!
9. Minyak Telon <- Boleh ganti dengan Minyak herba asmak
Sapu supaya baby tak kembong
10. Tuala Mandi dan tuala kecil (sapu tangan)
Tuala mandi ofkos untuk lepas mandi. Huhu! Tuala kecik ni untuk lap susu yang keluar dari mulut baby. Susu yang korang anggap muntah tu, ekceli tu bukan muntah pun. Tu susu keluar balik, sebab jarak stomach dengan mulut bayi tak jauh. Kadang2 susu tak sempat masukkita dah baringkan dia, tu yang susu keluar balik. Kena sentiasa standby tuala kecik.
11. Changing Mat
Ini pun perlu untuk lapik time baby nak tukar pampers. Penting untuk tilam tak kotor.
12. Detergent
Perlu pilih yang boleh menghapuskan kuman dan bakteria yang degil. Haha! Baju mak pak takyah hapus sangat kuman pun takpe. Lols.
13. Kelambu (nak elak kena gigit nyampuk)
14. Termos (simpan air panas)
15. Botol susu
Aku tak beli banyak, sebab aku nak tengok dulu macam mana. Kot anak aku nak direct feeding so maybe aku tak perlukan sangat. Tapi kalau korang jenis bekerja memang no choice, kena beli botol susu, pencuci botol, kalau nak best beli yang mesin sterilezer tu. Ini kalau baby menyusu botol lah.
Setakat ni itu je yang penting. Macam buai, katil, stroller, and whatever bla bla bla tu penting la jugak, tapi bukan la penting sangat dalam tempoh korang berpantang. Kalau ada duit lebih boleh je beli onthespot. Tapi kalau duit pun ada ala kadar je, beli mana yang perlu dulu. Yang tak perlu boleh beli nanti.
Okey itu sahaja setakat ni. Mungkin ada yang kurang sana sini, korang boleh komen kot nak tambah apa-apa ye. Hihi! Semoga dapat membantu semua. =)
minyak_herba_asmak_penawa_asma

Minyak herba asmak
Minyak herba asmak

 

WhatsApp 014-3265403